malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pengarang Salman Rushdie diserang, mungkin buta sebelah mata
Diterbitkan:  Aug 13, 2022 10:25 AM
Dikemaskini: 2:25 AM
ADS

Pengarang Salman Rushdie, yang diserang di New York, kini dilaporkan menggunakan alat bantuan pernafasan dan kemungkinan mengalami buta sebelah mata.

Pada hari Jumaat, Rushdie ditikam dua kali di pentas ketika dia hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua di barat New York, lapor Sputnik.

“Perkembangan tidak baik. Salman berkemungkinan akan kehilangan sebelah mata; dia mengalami saraf terputus di lengan dan kerosakan pada hati selepas dia ditikam," kata ejen Rushdie, Andrew Wylie kepada The New York Times.

Rushdie ialah seorang penulis Inggeris kelahiran India yang terkenal dan pemenang pelbagai hadiah sastera.

Pada tahun 1989, pemimpin Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan Rushdie.

Antara lain, Rushdie menulis buku "The Satanic Verses" yang dianggap oleh sebilangan umat Islam sebagai menghina nabi.

Lihat Komen