malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pengerusi Otai Reformis Sabah ketuai PKR negeri
Diterbitkan:  Aug 6, 2022 8:45 AM
Dikemaskini: 8:45 AM
ADS

PKR hari ini melantik Dr Sangkar Rasam sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri (MPN) untuk Sabah.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata keputusan itu diambil selepas mengadakan mesyuarat dengan semua ketua cabang parti terbabit bagi negeri Sabah.

Sangkar merupakan Ketua PKR cabang Keningau. Dia juga Pengerusi Otai Reformis Sabah, sebuah NGO pro-PKR.

Kata Anwar mesyuarat tersebut diadakan bagi memuktamadkan proses pelantikan pengerusi baru MPN.

"Kesemua Ketua Cabang di Sabah sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Ketua Cabang Keningau, Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN Sabah bagi penggal 2022-2025.

"Sangkar akan menjalankan tugas dalam satu pasukan bersama Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Christina Liew.

"Semoga gandingan mantap ini dapat memastikan PKR Sabah lebih utuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Lihat Komen