malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PRU perlu diadakan jika ada parti tarik sokongan - PM
Diterbitkan:  Aug 6, 2022 6:53 AM
Dikemaskini: 7:04 AM
ADS

Kerajaan bersedia hadapi kemungkinan jika ada parti tarik sokongan dan menyebabkan pilihan raya umum ke 15 terpaksa diadakan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

"Kalau ada pihak yang menarik sokongan dan kerajaan tumbang, maka pilihan raya perlu diadakan selepas itu.

"Kerajaan sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya dalam apa juga keadaan.

“Kalau kita masih kekal, kita pertimbangkan tarikh pilihan raya mengikut kesesuaian dan saya sudah sebutkan pilihan raya akan tetap diadakan," katanya, lapor BH Online hari ini.

Terdahulu, dilaporkan Perikatan Nasional (PN) sedang menimbang untuk menarik balik sokongan terhadap Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri dipetik berkata dia difahamkan penarikan sokongan PN itu tidak dikeluarkan secara rasmi dan kenyataan berkenaan hanya dibuat oleh satu dua orang saja.

"Saya pun dengar macam tu saja, ada ahli parti itu yang menyatakan perkara itu tidak dibawa ke dalam mesyuarat parti pun.

"Dari segi tindakan kita tunggu dulu keputusan rasmi parti berkenaan," katanya.

Pun begitu, Ismail menegaskan dalam negara demokrasi mana-mana parti politik boleh membuat keputusan sendiri.

"Apa yang penting, (penarikan sokongan) kesannya kita terpaksa hadapi pilihan raya.

"Kalau semua bersedia, maka kita tiada pilihan untuk mengadakan pilihan raya," jelasnya.

Lihat Komen