malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'RUU antilompat' perjanjian manusia, baiah atas nama Allah - Mursyidul am PAS
ADS

Walaupun Rang Undang-undang antilompat parti sudah diluluskan, PAS tetap akan meneruskan amalan baiah terhadap calon-calonnya yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin hari ini menjelaskan kaedah yang digunakan partinya itu dapat membendung wakil rakyatnya daripada berpaling tadah.

"Ada pun RUU antilompat parti itu adalah perjanjian dengan manusia, tetapi baiah yang kita lakukan adalah sumpah taat setia bukan dengan kepada parti bahkan atas nama Allah SWT.

"Bagi kita baiah itu lebih berkesan berbanding RUU antilompat parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Walaupun amalkan baiah masih ada kemungkinan untuk wakil rakyat melompat parti, jadi dengan adanya RUU itu ia akan lebih menyakinkan," katanya lagi.

Terdahulu pada 28 Julai lalu Dewan Rakyat meluluskan RUU antilompat parti sekali menguatkuasakan larangan ahli parlimen bertukar parti.

Melalui RUU berkenaan antara lain ahli parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka bertindak keluar parti atau tidak lagi menjadi ahlinya, namun ahli parlimen yang dibuang parti tidak akan hilang kerusi.

Untuk rekod PAS, sejak sekian lama mengamalkan baiah iaitu sumpah taat setia kepada parti dengan bersumpah atas nama Allah SWT.

Ia bagi menghalang seseorang wakil rakyatnya mengkhianati parti dengan meninggalkan perjuangan PAS selepas memenangi pilihan raya.

Setiap calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya wajib melakukan baiah.

Lihat Komen