malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nurul Izzah berkahwin dengan Yin Shao Loong
Diterbitkan:  Aug 5, 2022 4:14 PM
Dikemaskini: 4:48 PM
ADS
6

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendirikan rumah tangga dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.

Dalam kemas kini terbaru tengah malam ini, Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkongsi perkara itu di Facebook.

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Kami memohon doa kalian semua - agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” katanya.

Anak sulung Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 2015.

Yin pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat yang diketuai oleh Nurul Izzah.

Lihat Komen
6