malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
Tak perlu ganti jika Zuraida kosongkan jawatan - Razlan
ADS

Tidak perlu lantik pengganti jika Zuraida Kamaruddin mengosongkan jawatan selaku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii.

Razlan berkata, pelantikan seorang lagi anggota kabinet yang baru bagi menggantikan Zuraida dalam tempoh pilihan raya semakin hampir hanya membazir wang rakyat

Jelasnya, desakan Bersatu yang diketuai Presidennya Muhyiddin Yassin untuk menggantikan Zuraida dengan pemimpin Bersatu hanyalah bermotifkan politik untuk menjaga kuotanya dalam kerajaan.

"Hak untuk melantik anggota kabinet adalah hak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Namun saya berpandangan tiada keperluan untuk melantik menteri baru jika Zuraida mengosongkan jawatan yang disandangnya.

ADS

"Pelantikan menteri baru hanya akan membazir wang rakyat. Dalam tempoh PRU15 semakin hampir, saya kira tiada impak besar boleh ditunjukkan oleh menteri yang baru.

"Jadi, tidak perlu untuk melayan kehendak Bersatu yang hanya bermotifkan politik untuk menjaga kuota mereka," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Razlan Rafii

Sebelum ini media melaporkan Zuraida dijangka akan bertemu perdana menteri minggu ini bagi membincangkan mengenai kendudukannya dalam kabinet.

Bagaimanapun Rabu lalu, Zuraida memaklumkan tiada pertemuan empat mata antara dia dengan perdana menteri.

ADS

Muhyiddin berulang kali menegaskan akan mencalonkan pengganti Zuraida daripada kalangan pemimpin Bersatu kerana pelantikan dibuat ketika ahli parlimen Ampang itu bersama Bersatu.

Muhyiddin turut menggesa supaya perdana menteri segera membuat keputusan mengenai kedudukan Zuraida selepas dia membuat keputusan meninggalkan Bersatu dengan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Sementara itu, Razlan berkata Muhyiddin ternyata hanya mengutamakan kepentingan parti berbanding nasib rakyat ketika ini.

"Muhyiddin tidak fikirkan masalah rakyat, dia hanya fikirkan tentang kouta partinya demi kepentingan politik.

"Sedangkan apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan oleh kegagalannya menjaga Zuraida dalam situasi kerajaan yang terbentuk hari ini sangat tipis," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen