malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Akta dana politik perlu disertai pembaharuan lain - Maria
Diterbitkan:  Jun 24, 2022 12:59 AM
Dikemaskini: 1:24 AM
ADS

Undang-undang pendanaan politik sahaja tidak memadai sekiranya kerajaan tidak melakukan pembaharuan lain, tegas ahli parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

Ahli Parlimen PKR itu berkata ini kerana undang-undang pendanaan politik dan pembaharuan lain perlu dilaksanakan seiring.

“Kita juga perlu mengaitkan (undang-undang pembiayaan politik) dengan beberapa pembaharuan lain. Tak cukup hanya ada Akta Pendanaan Politik,” katanya.

Maria berkata demikian pada sesi bertajuk ‘Cabaran Akta Pembiayaan Politik’ semasa persidangan bersama mengenai cadangan undang-undang pendanaan politik, yang dianjurkan Badan Peguam Malaysia dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) di Kuala Lumpur semalam.

Pembaharuan lain yang disebut Maria termasuk undang-undang anti-lompat parti, undang-undang pengisytiharan aset dan pembaharuan pilihan raya..

Bekas pengerusi Bersih itu menjelaskan bahawa reformasi pilihan raya adalah penting kerana tidak ada gunanya memiliki undang-undang untuk mengawal calon tanpa pilihan raya yang bebas dan adil.

Maria juga menegaskan kesalahan pilihan raya dalam pilihan raya Johor sebelum ini masih belum diselesaikan, walaupun ia telah dilaporkan kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen