malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Peguam Zahid ingatkan bekas AG jangan komen isu siasatan UKSB
Diterbitkan:  Jun 23, 2022 1:55 PM
Dikemaskini: 1:55 PM
ADS

Pasukan peguam Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi peringatan kepada bekas peguam negara Tommy Thomas agar tidak membuat kenyataan berkenaan kertas siasatan kes rasuah sistem Visa Luar Negara (VLN) yang kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pasukan peguam bekas timbalan perdana menteri itu, yang diketuai Hisyam Teh Poh Teik, kenyataan Thomas seperti yang dilaporkan media menjurus kepada unsur sub judice dan bersifat menghina mahkamah.

"Kuasa budi bicara atau sebaliknya (prosecutorial discretion or indiscretion) dan kekurangan atau kecacatan dalam siasatan adalah antara isu yang sedang dibicarakan.

"Segala komen yang telah dibuat oleh bekas peguam negara yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah tajuk ‘Lejar UKSB: Bekas AG kata kertas siasatan tiada 'maklumat mikro' adalah bersifat penghinaan mahkamah," kata peguam Zahid.

Thomas membuat kenyataan itu semasa program bual bicara yang disiarkan di YouTube malam semalam.

Thomas muncul dalam rancangan bual bicara peguam dan YouTuber Ang Woei Shang untuk bercakap mengenai memoirnya “My Story: Justice in the Wilderness” versi bahasa Cina.

Dia menyebut tentang lejar rahsia Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), yang mengandungi nama kod dan butiran dakwaan pembayaran sogokan oleh syarikat itu kepada beberapa tokoh terkemuka antara 2014 dan 2018.

Maklumat berkenaan lejar rahsia itu pertama kali dibangkitkan dalam keterangan bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan minggu lalu, yang antara lain menyebut nama individu termasuk bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, bekas menteri Shafie Apdal dan beberapa ahli politik lagi yang didakwa menerima wang daripada syarikat itu.

SPRM kemudian mengumumkan pihaknya akan menyiasat semua nama yang disebut dalam lejar tersebut.

Lihat Komen