malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ibu kota baru Indonesia di Borneo mula dibina Ogos
ADS

GLOBAL | Kerja-kerja pembinaan kawasan kerajaan pusat Indonesia di Nusantara, Borneo akan dimulakan pada Ogos, menurut Kementerian Kerja Raya dan Perumahan negara itu.

Dalam satu kenyataan, menterinya Basuki Hadimuljono berkata fasa awal pembinaan akan ditumpukan kepada Istana Negara dan infrastruktur termasuk bekalan air bersih, saliran, sanitasi dan jalan bertol.

Basuki pada Rabu bersama Presiden Joko Widodo melawat tapak cadangan ibu kota baru bernilai AS$34 bilion (AS$1=RM4.40).

Kawasan kerajaan pusat itu juga merangkumi pejabat naib presiden, bangunan perundangan dan kehakiman serta pejabat-pejabat kementerian.

Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati pada April mengumumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sehingga 30 trilion rupiah (AS$2.1 bilion) untuk perbelanjaan pembangunan Nusantara pada tahun depan.

-Bernama

Lihat Komen