malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
KJ selar Jazlan kerana gelar Ismail Sabri ‘PM paling lemah’
Diterbitkan:  Jun 23, 2022 10:13 AM
Dikemaskini: 10:17 AM
ADS

Nur Jazlan Mohamed tidak patut mengkritik Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob secara terbuka, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, timbalan pengerusi Umno Johor itu sepatutnya menggunakan saluran.

Katanya, tindakan Jazlan itu mengundang tanggapan bahawa Umno tidak bersatu sekali gus boleh menjejaskan peluang parti itu dalam pilihan raya.

“Kenapa perlu cakap begitu?” soalnya kepada pemberita ketika ditemui dalam lawatannya di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.

Khairy Jamaluddin

Sementara itu, Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid di Teluk Intan, Perak, turut menyatakan bantahannya terhadap kenyataan Jazlan.

Semalam, Jazlan menggelar Ismail Sabri sebagai perdana menteri Umno paling lemah dalam sejarah negara kerana masih belum memutuskan pengganti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodit Zuraida Kamaruddin. 

Jazlan berkata, Zuraida keluar Bersatu–parti pendukung kerajaan–lebih dua minggu tetapi masih berada dalam kabinet.

Pemimpin Umno dan Bersatu masing-masing menuntut kerusi berkenaan.

Lihat Komen