malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'jaan digesa batalkan larangan eksport tenaga boleh diperbaharui
Diterbitkan:  May 24, 2022 2:31 PM
Dikemaskini: 6:31 AM
ADS

Putrajaya didesak menarik semula larangan mengeksport tenaga boleh diperbaharui bagi membolehkan syarikat Malaysia menjual produk mereka ke Singapura, sekali gus merancakkan industri tersebut.

Bekas Menteri enaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) terlibat secara aktif dengan rundingan bersama republik terbait untuk membincangkan kemungkinan mengeksport tenaga boleh diperbaharui.

Bagaimanapun katanya ia terhenti apabila kerajaan dipimpin Muhyiddin Yassin melarang pengeksportan bahan tersebut pada Okt 2021.

Keputusan tersebu kata Yeo menyebabkan syarikat Malaysia tidak layak untuk

Ini, kata Yeo, bekas menteri kabinet yang bertanggungjawab bagi tenaga, teknologi dan alam sekitar, menyebabkan firma Malaysia tidak layak untuk terlibat dalam permohonan cadangan pusingan pertama (RFP) kepada Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura pada 12 Nov 2021.

Bagaimanapun tambah ahli parlimen Bakri itu lagi, syarikat-syarikat Malaysia ketika ini masih layak untuk terlibat dalam pusingan kedua proses tersebut jika kerajaan menarik balik larangan berkenaan.

“Saya menyeru kerajaan membatalkan keputusan mengharamkan eksport tenaga boleh diperbaharui supaya pemain yang terbabit dalam industri tersebut di Malaysia turut boleh menyertai RFP kedua.

"Apabila memenangi bidaan itu, pemain tenaga boleh diperbaharui - sama ada syarikat asing atau tempatan - akan membina loji tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dan mengeksport tenaga elektrik ke Singapura.

"Ini akan membawa kepada pelaburan hijau yang lebih besar di negara ini dan menjana lebih banyak pekerjaan seperti jurutera, juruteknik, dan penganalisis," katanya.

Bidang tenaga boleh diperbaharui, katanya, juga akan menarik pelaburan asing.

"Saya harap (kerajaan) sedar ada peluang besar sedang terhidang di depan kita menanti masa untuk dimanfaatkan," katanya.

Yeo berkata sebelum ini dia pernah menuntut jawapan melalui parlimen mengenai sebab larangan itu dikenakan dan diberitahu Putrajaya percaya langkah mengeksport tenaga boleh diperbaharui akan menghalang percubaan Malaysia untuk memenuhi sasaran pengurangan karbon dalam Perjanjian Paris.

Pun begitu, Yeo berkata, dia yakin alasan tersebut tidak kukuh kerana Malaysia berpotensi menghasilkan 275GW tenaga boleh diperbaharui dan ia adalah lapan kali ganda kapasiti penjanaan kuasa terpasang semasa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen