malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM dan bekas PM akan berucap pada Sidang Nikkei ke-27
Diterbitkan:  May 24, 2022 11:30 AM
Dikemaskini: 3:30 AM
ADS

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan berucap pada Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo, masing-masing pada 25 Mei dan 26 Mei.

Ini adalah penampilan pertama Ismail Sabri di persidangan itu yang dianjurkan setiap tahun oleh gergasi perniagaan Jepun.

Sebaliknya, Dr Mahathir, 96, kerap kali hadir sejak persidangan Nikkei sulung pada 1995.

Persidangan tahun ini bertemakan bertemakan "Redefining Asia's Role in a Divided World." atau "Mentakrifkan Semula Peranan Asia dalam Dunia yang Terbahagi".

Penceramah lain termasuk Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha, Presiden Sri Lanka Gotobaya Rajapaksa, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Presiden Laos Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wazed.

Ismail Sabri tiba di Jepun semalam, bagi memulakan lawatan rasmi pertamanya ke negara matahari terbititu.

Dia dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu Oktober lalu dalam lawatannya ini.

Ismail Sabri diiringi Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali, Menteri Sumber Manusia M Saravanan, Menteri Belia dan Sukan Ahamd Faizal Azumu dan Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Richard Riot Jaem.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan itu mencerminkan kepentingan hubungan Malaysia-Jepun kerana kedua-dua negara memperingati ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik dan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) tahun ini.

Pada 2021, Jepun adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan kira-kira RM149 bilion. Sehingga 2021, Jepun adalah pelabur asing ketiga terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan bagi projek dilaksanakan bernilai kira-kira RM90.9 bilion.

Wisma Putra berkata, Malaysia dan Jepun akan menandatangani memorandum kerjasama dalam tiga bidang membabitkan industri pesawat udara, pekerja mahir, serta belia dan sukan ketika lawatan itu.

Lihat Komen