malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok
Diterbitkan:  May 1, 2022 8:11 PM
Dikemaskini: 1:25 PM
ADS

Umat ​​Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok (2 Mei).

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad melalui siaran langsung di televisyen.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022," katanya.

Ramai pihak yang menjangkakan Aidilfitri akan disambut pada 3 Mei.

Untuk rekod, hari Aidilfitri ditentukan dengan melihat anak bulan pertama. Ia dikendalikan oleh jawatankuasa melihat bulan negeri-negeri atau 'rukyah' yang diketuai oleh mufti masing-masing.

Pengumuman itu dibuat selepas pengesahan data penampakan bulan.

Di Indonesia, negara paling ramai penduduk Islam di dunia, kerajaannya juga mengumumkan Aidilfitri akan disambut esok.

Sementara itu, berbeza dengan Malaysia dan Indonesia, mufti negara Singapura Nazirudin Mohd Nasir mengumumkan negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Selasa (3 Mei).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen