malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Adun Sentosa umum tanding jawatan naib presiden PKR
Diterbitkan:  Apr 2, 2022 9:35 PM
Dikemaskini: 1:35 PM
ADS

Adun Sentosa, Dr Gunaraj George mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan akan datang.

Dia yang juga pegawai khas perhubungan masyarakat menteri besar Selangor berkata, keputusan itu diambil selepas mendapat pandangan Presiden PKR Anwar Ibrahim serta rakan kepimpinan lain dan akar umbi parti.

"Selepas saya mendapatkan nasihat serta pandangan daripada presiden PKR, rakan-rakan pimpinan dan anggota akar umbi, maka dengan penuh rasa rendah diri, saya Dr Gunaraj George menawarkan diri sebagai calon bagi memikul tanggungjawab besar jawatan naib presiden PKR.

"Berbekalkan pengalaman saya sebagai aktivis parti dan Adun Selangor, saya membawa satu tekad baru menggarap segala kekuatan akar umbi bagi mendokong institusi presiden bagi menghadapi pilihan raya umum kelak.

"Saya merayu pejuang PKR agar kita terus membawa agenda memperjuangkan nasib rakyat marhen," katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemilihan parti itu kali ini adalah medan terbaik untuk memperkukuhkan PKR setelah sejumlah pemimpin keluar daripada parti itu sebelum ini.

Sebelum ini, dua pemimpin PKR telah mengumumkan untuk bertanding jawatan itu, iaitu Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang. Kedua-duanya menyokong Rafizi Ramli bagi kedudukan timbalan presiden.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen