malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MMA: MySejahtera tidak lagi penuhi fungsi asal kesan kontak rapat
Diterbitkan:  Mar 30, 2022 2:28 PM
Dikemaskini: 7:24 AM
ADS

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk memanfaatkan aplikasi MySejahtera bagi objektif lain.

Dalam satu kenyataan, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Koh Kar Chai berkata fungsi utama aplikasi itu sebelum ini adalah untuk tujuan pengesanan kontak rapat.

Tetapi apabila Malaysia beralih ke fasa endemik Covid-19, fungsi pengesanan kontak rapat MySejahtera tidak lagi berguna.

Koh berkata memandangkan MySejahtera diterima pakai secara meluas, ia boleh dimanfaatkan bagi objektif lain dan digunakan semula sekiranya wabak lain melanda.

"Aplikasi MySejahtera boleh disesuaikan untuk digunakan sebagai rekod kesihatan peribadi kerana ia telah dipautkan kepada ID individu dan tidak boleh dipindah milik.

"Terdapat keperluan untuk sistem rekod perubatan elektronik yang selamat dan boleh diakses oleh penyedia penjagaan kesihatan supaya terdapat penjagaan yang lancar untuk kesihatan orang ramai tidak seperti sekarang di mana banyak kali kita melihat bahawa rekod penjagaan kesihatan tidak boleh diakses di seluruh kemudahan penjagaan kesihatan atau pembekal.

"Aplikasi MySejahtera mungkin boleh digunakan sebagai usaha awal untuk memiliki rekod kesihatan yang boleh dibawa oleh individu bagi membolehkan akses oleh penyedia penjagaan kesihatan apabila diperlukan," katanya.

Pada masa ini, Putrajaya sedang berunding dengan MYSJ Sdn Bhd mengenai masa depan aplikasi MySejahtera.

Pengkritik berhujah bahawa MySejahtera adalah satu bentuk pengawasan dan datanya tidak sepatutnya berada di tangan entiti komersial.

Putrajaya belum mengisytiharkan objektif lain MySejahtera pada masa akan datang.

Lihat Komen