malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Annuar Musa ajak Khairuddin berjuang bersama Umno
Diterbitkan:  Mar 15, 2022 8:00 AM
Dikemaskini: 4:17 AM
ADS

Susulan keluar daripada PAS anggota Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali dipelawa agar meneruskan perjuangan bersama Umno.

Pelawaan itu diutarakan Anggota Parlimen Ketereh, Annuar Musa, yang menyifatkan berita Khairuddin keluar PAS sebagai tidak mengejutkan.

Malah kata Annuar, Khairuddin diketahui disisih beberapa kali dalam partinya dan berdepan beberapa isu lain.

"Saya yakin dia seorang ahli parlimen yang kental semangatnya.

"Sebagai rakan ahli parlimen saya berharap beliau mempertimbangkan untuk terus berjuang menerusi wadah Umno dan BN pula, insya-Allah," kata Annuar dalam hantaran di Facebook, semalam.

Khairuddin Aman Razali

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi memohon untuk keluar daripada PAS.

Bagaimanapun dia tidak menyatakan alasan tindakan itu diambil, namun sejak kebelakangan ini dia sering mengkritik pendekatan PAS termasuk ketika berkempen sempena pilihan raya negeri PRN (Johor).

Lihat Komen