malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Gelaran 'premier' Sarawak berkuat kuasa Mac depan
Diterbitkan:  Feb 28, 2022 9:53 AM
Dikemaskini: 1:53 AM
ADS

Perubahan gelaran ketua menteri Sarawak kepada premier berkemungkinan diwartakan pada Mac, menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bagaimanapun, dia berkata yang dia sendiri tidak dapat mengesahkan atau menafikan apakah ia akan diwartakan pada 1 Mac.

Pewartaan itu juga akan menyaksikan perubahan gelaran 'timbalan ketua menteri' dan 'pembantu menteri' di Sarawak kepada 'timbalan premier' serta 'timbalan menteri'.

"Kami baru saja meluluskan rang undang-undang pindaan pada sidang DUN baru-baru ini, yang disokong majoriti dua pertiga.

"Proses seterusnya adalah mewartakannya. Saya difahamkan yang kerajaan negeri akan melakukannya segera. Saya fikir ia betul-betul tidak lama lagi.

ADS

"Saya tidak akan mengesahkan atau menafikan (apakah ia akan diwartakan pada 1 Mac) tetapi apa yang saya boleh cakap, ia adalah pada Mac," kata Abdul Karim semalam, seperti dilaporkan Borneo Post Online.

DUN Sarawak telah meluluskan pindaan kepada perlembagaan negeri itu pada 15 Feb tahun ini bagi menukar gelaran 'ketua menteri' kepada 'premier', selain dua gelaran lain.

Dibentangkan oleh Abdul Karim, pindaan itu diluluskan dengan lebih dua pertiga majoriti, apabila 67 ahli dewan mengundi menyokong, berbanding enam menentang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen