malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak saman fitnah Tajuddin ke atas Khalid Samad, Kinitv
ADS

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman gagal dalam saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, portal video Kinitv dan akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi menolak samannya yang dikaitkan dengan beberapa siri sidang akhbar berhubung kejadian pada 2016 yang dirinya didakwa merujuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Parlimen sebagai satu-satunya wanita dengan “Kok”.

Susulan kejadian itu Khalid didakwa memanggilnya “sial” dan mempersoalkan kelakuannya.

Pada 22 Feb 2017, Tajuddin yang adalah timbalan menteri pertanian dan asas tani memfailkan saman fitnah terhadap Khalid berhubung sidang medianya yang diadakan di luar Dewan Rakyat sejurus selepas kejadian.

Dia juga menyaman Kinitv Sdn Bhd dan The New Straits Times Press (M) Berhad berhubung liputan mereka mengenai sidang media tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman Latifah Mohd Tahar menyampaikan keputusan mahkamah terhadap saman itu melalui e-mel petang ini.

Ini disahkan oleh peguam Sankara Nair, yang mewakili Khalid.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen