malaysiakini logo
ADS
story-image
ADS

PRN JOHOR | Makkal Sakthi Malaysia berharapkan mereka akan diberi peluang untuk bertanding menggunakan tiket BN sesuai dengan dasar mereka sebagai parti mesra dengan gabungan berkenaan.

Presidennya RS Thanenthiran bagaimanapun berkata mereka tidak membuat sebarang permohonan secara rasmi kepada BN bagi menyertai PRN Johor.

Pun begitu dia berkata Makkal Sakthi menyasarkan empat kerusi parlimen dan lima kerusi DUN pada PRU akan datang dengan satu daripadanya berada di Johor.

"Maka, kami harap pucuk pimpinan BN di bawah pimpinan Ahmad Zahid Hamidi memberi peluang kepada Makkal Sakthi untuk turut bertanding bersama-sama komponen BN pada kali ini," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, dia tidak menyebut kerusi yang diminta oleh parti tersebut.

ADS

Thanenthiran juga berkata parti itu tidak akan berasa kecewa sekiranya tidak diperuntukkan kerusi pada PRN ini.

"Kami tidak paksa pucuk pimpinan BN untuk mendapatkan kerusi. Yang penting adalah kemenangan BN," katanya.

Makkal Sakthi adalah antara beberapa parti politik yang masih menunggu permohonan untuk menjadi komponen BN.

ADS

Buat masa ini, BN mempunyai empat parti komponen iaitu Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen