Jabatan Imigresen menafikan laporan bahawa kos pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) terlalu tinggi sehingga mencecah lima angka.
Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata, kadar bayaran yang dikenakan bagi pengambilan PRA kali pertama adalah rendah iaitu sebanyak RM1,136.
"Jumlah ini merangkumi kadar bayaran levi, visa mengikut negara, fi proses, bayaran pas, wang jaminan dan beberapa bayaran lain yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.
Dia merujuk laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Rabu lalu yang melaporkan bahawa kos bagi sebuah agensi mendapatkan pembantu rumah untuk bakal majikan ialah kira-kira RM20,000, dengan tambahan kos kuarantin dan pencegahan Covid-19.
Laporan itu memetik pemilik agensi pekerjaan di Pulau Pinang yang berkata kos kuarantin boleh mencecah hingga RM3,000, manakala bayaran pengambilan keseluruhan dianggarkan sekitar RM25,000.
Walaupun kebanyakan isi rumah Malaysia mengambil pembantu rumah dari Indonesia dan Filipina, Khairul berkata negara sumber lain yang dibenarkan bagi pengambilan PRA termasuk India, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Kemboja, Nepal dan Laos.
"Setiap pengambilan PRA perlulah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang digariskan seperti umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh FOMEMA apabila tiba di negara ini.
“Setiap rekrut mesti memenuhi syarat asas termasuk umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Fomema (Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing) semasa ketibaan.
"Sehingga 31 Disember 2021, seramai 88,173 PRA yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS),” katanya.
Malaysia berada di peringkat akhir perbincangan dua hala dengan Indonesia bagi menandatangani memorandum persefahaman terbaru mengenai pengambilan pembantu rumah dan menarik balik pembekuan ke atas pekerja baru yang dilaksanakan sejak permulaan wabak Covid-19.
Walaupun dibekukan, Malaysiakini hari ini melaporkan MyTravelPass - yang diumumkan hanya untuk kegunaan rakyat Malaysia dan pekerja yang pulang - telah disalahgunakan untuk kemasukan pembantu rumah baru, yang kemudian mendapati mereka telah diekspolaitasi.

