malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
6,145 kes baru, paling rendah sejak 4 Julai
Diterbitkan:  Oct 17, 2021 3:21 PM
Dikemaskini: 11:06 AM
ADS

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,145 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,390,687.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 105 hari, sejak 4 Julai.

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan kes mengikut negeri untuk semalam (16 Okt) dengan 7,509 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,744)
  • Sarawak (1,055)
  • Johor (753)
  • Kelantan (688)
  • Sabah (639)
  • Pulau Pinang (411)
  • Kedah (403)
  • Terengganu (383)
  • Perak (307)
  • Pahang (301)
  • Melaka (261)
  • Kuala Lumpur (259)
  • Negeri Sembilan (236)
  • Putrajaya (37)
  • Perlis (30)
  • Labuan (2)

Jangkitan baru hari ini merangkumi 5,763 rakyat Malaysia (93.8 peratus) dan 382 bukan warganegara (6.2 peratus).

Sejumlah 9,231 pesakit Covid-19 yang pulih hari ini, mengatasi kes baru. Ini diharapkan dapat membantu mengurangkan jumlah kes aktif.

Pesakit di ICU: 682
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 350


Sehingga hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 10.1 peratus lebih rendah berbanding seminggu yang lalu.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga menurun sebanyak 14.2 peratus berbanding seminggu yang lalu.

Kluster

Sehingga kini, 676 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk sembilan kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Kluster yang berterusan telah menurun sebanyak 16.5 peratus daripada 810 kluster aktif seminggu yang lalu.

Sembilan kluster baru hari ini terdiri daripada enam kluster tempat kerja (66.7 peratus), dua kluster komuniti (22.2 peratus) dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi (11.1 peratus).

Lihat Komen