malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sabah benar solat Jumaat, fardu di masjid, surau 50% kapasiti

Kerajaan Sabah membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dengan bilangan jemaah 50 peratus daripada kapasiti masjid atau surau bermula esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata keputusan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkaitan aktiviti masjid dan surau diadakan semalam itu turut menetapkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan satu meter.

“Individu lengkap divaksin adalah diutamakan,” kata Masidi yang juga jurucakap perkembangan Covid-19 Sabah dalam kenyataan, malam ini.

Masidi berkata aktiviti masjid dan surau seperti kuliah maghrib, kuliah dhuha, kelas agama dan seumpamanya turut dibenarkan mengikut bilangan kapasiti ditetapkan manakala majlis akad nikah pula dibenar diadakan di dewan atau ruang khas masjid.

“Pengurusan jenazah dan ziarah kubur dibenarkan mengikut bilangan tidak lebih 30 orang. Umat Islam juga dinasihatkan agar mematuhi sepenuhnya SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa bagi memutuskan penularan wabak Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata sebanyak 691 kes baharu direkodkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif 208,197 kes, dengan 15 kematian dilaporkan.

Sebanyak 656 pesakit sembuh dan dibenar keluar dari hospital mahupun Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 195,674 orang, manakala 2,389 pesakit masih menjalani rawatan, katanya.

Bernama

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen