malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kelantan mulakan dos penggalak kepada barisan hadapan

Kelantan memulakan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 membabitkan petugas barisan hadapan, hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNK) Dr Zaini Hussin berkata untuk permulaan pihaknya memberikan vaksin dos penggalak jenis Pfizer kepada 200,000 individu termasuk mereka yang mempunyai komorbid atau penyakit lain.

"Pada hari ini, suntikan itu diberikan kepada petugas barisan hadapan secara berperingkat yang keseluruhan berjumlah 20,000 orang.

"Bagi individu yang mempunyai komorbid atau yang mahu ke luar negara, mereka boleh mendapatkan suntikan dos penggalak di hospital, klinik kesihatan dan swasta yang terdekat.

"Mereka boleh datang secara 'walk in' untuk mendapatkan suntikan berkenaan. Setakat ini mereka boleh datang secara sukarela," katanya ketika ditemui di majlis penyerahan sumbangan 10,500 set pakaian pelindung diri (PPE) bernilai lebih RM300,000 menerusi Projek Tabung Wira Covid Yayasan Ikhlas di Bilik Gerakan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Ikhlas Prof Dr Zainurrashid Zainuddin.

Sementara itu, Dr Zaini berkata jumlah suntikan vaksin lengkap bagi populasi dewasa di Kelantan sehingga semalam mencecah 79 peratus membabitkan 1.2 juta orang.

Justeru bagi meningkatkan lagi jumlah penerima vaksin katanya, JKNK bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil inisiatif untuk masuk ke kawasan perkampungan Orang Asli

"Kita masih mengadakan suntikan secara outreach dan 'walk-in' untuk memudahkan individu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19," jelasnya.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen