malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘Saya tak angkuh, tapi berpijak di bumi nyata’
Diterbitkan:  Oct 14, 2021 10:14 AM
Dikemaskini: 10:34 AM

Presiden Umno Zahid Hamidi berkata dia tidak angkuh apabila berkata BN akan bergerak secara solo dalam pilihan raya negeri Melaka.

“Jawapan-jawapan saya itu bukanlah suatu keangkuhan sebaliknya berpegang kepada realiti semasa dan berpijak di bumi yang nyata,” katanya.

Zahid semalam berkata mereka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu mahupun PAS pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Katanya, dia tidak nampak “cahaya terang” untuk Muafakat Nasional (MN) - kerjasamanya dengan PAS - direalisasikan kerana badan itu tidak didaftarkan.

Dengan Bersatu, parti dominan Perikatan Nasional (PN) pula, Zahid berkata dia menghormati keputusan Perhimpunan Agung Umno tahun lalu untuk tidak kerjasama dengan parti serpihannya itu.

Kata Ahmad Zahid dia tidak pernah melontarkan kata-kata kasar dalam wawancaranya berhubung isu berkenaan seperti mana disiarkan oleh segelintir media berhubung isu berkenaan.

"Saya tidak pasti mengapa percakapan saya dalam satu wawancara baru-baru ini digarap dengan begitu angkuh sekali.

"Malah dengan gambar wajah saya yang disiarkan pada sudut seolah-olah begitu bengis.

"Insya-Allah itu bukanlah nilai yang tepat tentang diri saya," katanya lagi.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lihat Komen