malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Saya didakwa kerana enggan sokong k’jaan - MP Labuan

Anggota parlimen Labuan Rozman Isli mendakwa bahawa dia dikenakan pertuduhan rasuah rasuah hari ini kerana keengganannya untuk meninggalkan parti Warisan dan menyokong kerajaan sekarang.

Katanya, pertuduhan yang baru dibuat oleh SPRM ini adalah satu rencana yang sudah dirancang lama dan bermotifkan politik.

Bekas anggota parlimen Umno itu mendakwa bahawa sebelum ini dia dihadapkan ke mahkamah sebanyak dua kali tetapi setiap kali, pertuduhan berkenaan tidak diteruskan

“Bagi saya ada dua objektif yang ingin dicapai oleh pihak yang berkepentingan politik yang menerajui operasi ini.

“Pertama dalam masa mereka memujuk saya satu setengah tahun selama ini untuk saya meninggalkan parti Warisan dan menyokong kerajaan (perdana menteri), kes ini sengaja diadakan untuk menakut-nakutkan dan menekan saya.

“Kedua, pertuduhan ini juga direkabentuk dan disediakan supaya apabila saya tidak mahu mengalah dengan tekanan mereka maka akhirnya ia akan dibacakan juga di mahkamah untuk menjatuhkan imej saya sebelum PRU15 yang akan datang ini, katanya.

Rozman bercakap semasa sidang media di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Awal pagi ini, dia didakwa atas satu pertuduhan berkaitan rasuah semasa dia menjadi timbalan pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan tiga tahun lalu.

Rozman dikatakan menggunakan kedudukannya itu bagi mendapatkan kontrak kerajaan untuk sebuah syarikat yang di dalamnya ada kepentingan bapa serta saudarnya.

Dia memenangi kerusi parlimen Labuan atas tiket Umno semasa Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14 pada tahun 2013 dan 2018. Namun pada tahun 2018, Rozman berpaling tadah ke Warisan.

Ketika diajukan soalan daripada wartwan hari ini mengenai siapa yang membuat tawaran dan cuba menekan dirinya, Rozman tidak mendedahkan nama-nama mereka yang terbabit.

“Dalam politik semasa saya di pihak pembangkang, ada pelbagai amaran (ancaman) seperti yang kita selalu dengar.

"Betul, saya menerima tawaran dan aamaran supaya saya akan meninggalkan Warisan dan menyokong kerajaan.

"Namun, saya enggan kerana saya selesa dengan ideologi parti (Warisan), yang senada dengan jiwa saya.

“Saya ingin meneruskan perjuangan bersama Warisan, kerana saya tertarik dan berminat untuk meneruskan perjuangan dengan rakan-rakan dengan misi yang sama untuk membanteras penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang mengancam negara ini.

"Secara kebetulan, sekarang saya dituduh dengan penyalahgunaan kuasa, sedangkan saya tahu bahawa saya adalah mangsanya,” katanya.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :