malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemuda Umno kemuka lima resolusi bela pekerja e-hailing, p-hailing
ADS

Pemuda Umno mengemukakan lima resolusi bagi membela nasib pekerja sektor e-hailing dan p-hailing, kata ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki.

Jelasnya, resolusi itu dicapai melalui persidangan meja bulat yang berlangsung hari ini di ibu pejabat Umno.

Antara lima resolusi yang dicapai ialah mengiktiraf penghantar e-hailing dan p-hailing sebagai pekerja dan tertakluk di bawah Akta Pekerja.

"Mencadangkan status individu terbabit dalam industri e-hailing dan p-hailing diiktiraf sebagai pekerja dan dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan akta-akta berkaitan.

"Mewujudkan sebuah badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan yang lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar.

"Memastikan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial (KWSP & Perkeso) buat penghantar-penghantar di Malaysia," katanya dalam sidang media, di ibu negara, hari ini.

Selain itu Pemuda Umno turut mencadangkan kerajaan memberikan dan menyediakan bantuan khas kepada penghantar-penghantar berkenaan semasa di dalam Bajet 2022 nanti.

Perbincangan meja bulat itu turut mendesak penyedia perkhidmatan untuk menjamin pekerjaan penghantar- penghantar dengan menangguhkan penggantungan dan penamatan khidmat dalam tempoh pendamik ini.

Lihat Komen