malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib cadang sekatan penuh 'paling ketat' 7 hari jika kapasiti ICU 85%
Diterbitkan:  Sep 15, 2021 7:27 AM
Dikemaskini: 7:36 AM
ADS

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak (BN-Pekan) mencadangkan sekatan pergerakan penuh paling ketat jika kapasiti unit rawatan rapi (ICU) mencecah angka 85 peratus di mana-mana negeri.

“Jangan lockdown berbulan-bulan lamanya,” katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, kerajaan terdahulu telah mensia-siakan peluang ketika menjalankan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali pertama dan kedua secara “separuh masak”.

Katanya, ekonomi tidak akan pulih selagi Covid-19 tidak berjaya dikawal, rakyat rasa tidak selamat dan pelabur tidak berminat, walaupun kadar vaksinasi tinggi.

Namun, katanya, sekatan penuh berbulan-bulan bukan penyelesaiannya.

“Kita perlu tahu empat bulan empat hari lockdown, bermula 12 Mei lalu satu tempoh yang panjang. Macam mana peniaga boleh bertahan,” katanya.

Lihat Komen