malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Takiyuddin kontak rapat pesakit Covid-19, jalani kuarantin kendiri
ADS

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan mengesahkan dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

Menerusi kenyataan hari ini, dia memaklumkan bagaimanapun hasil dua ujian RT-PCR yang dilaksanakan masing-masing pada 10 dan 13 Sept lepas, adalah negatif.

“Namun saya masih perlu jalani kuarantin kendiri hingga 20 Sept. Ia sebagai mematuhi peraturan kesihatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi individu yang menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

“Berikutan itu, saya tidak dapat menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang berlangsung semalam dan Persidangan Dewan Rakyat sepanjang minggu ini serta tidak dapat menjalankan tugas rasmi secara fizikal,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun tanggungjawab dan amanah akan dilaksanakan secara dalam talian sepanjang tempoh kuarantin.

- Bernama

Lihat Komen