malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Atas nama Merdeka
Diterbitkan:  Aug 27, 2021 7:50 AM
Dikemaskini: 11:51 PM
ADS


Ia saat yang paling diingat dalam sejarah negara. Tunku Abdul Rahman naik ke pentas dan melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" - tanda pembebasan Malaya.

Enam puluh empat tahun berlaku, pelbagai onak dan duri dilalui. Kita beralih daripada negara pertanian kepada perindustrian, menuju status negara membangun.

Kita menyaksikan pembentukan Malaysia pada 1963, diikuti keluarnya Singapura dua tahun kemudian. Kemudian berdepan pula dengan masalah hubungan kaum yang kemudian mencetuskan tragedi 13 Mei 1969.

Bagaimanapun, untuk tempoh beberapa dekad, Malaysia menyaksikan pembangunan ekonomi yang pesat, melahirkan yang terbaik dalam bidang masing-masing.

Kekayaan etnik, bahasa dan agama turut menyumbang ke arah pembentukan negara itu. Secara mudah, ia tergambar dalam makanan kita - sarapan nasi lemak, makan tengah hari kuetiau, kari kepala ikan untuk makan malam.

Di usia 64 tahun, Malaysia kini berdepan dengan cabaran kesihatan akibat Covid-19 yang tak pernah berlaku. Ia telah mengorbankan lebih 14,000 nyawa setakat ini.

Wabak ini turut menjejaskan ekonomi. Untuk empat suku tahun berturut-turun, kita menyaksikan pembangunan negatif. Ini diburukkan lagi dengan keadaan politik yang tidak stabil selepas tumbangnya Pakatan Harapan yang dipilih dalam pilihan raya umum lalu.

Di zaman edan ini, kerja-kerja kami menjadi bertambah penting - melaporkan isu dengan tepat dan terbuka kepada pembaca.

Daripada parlimen ke mesyuarat agung parti, kepada kes mahkamah pemimpin politik dan ya, malah skandal seks.

Lebih penting lagi, kami akan terus menjadi penyambung lidah mereka yang tidak didengari dan dipelulikan.

Di sebalik tekanan terhadap media, kami akan terus menjulang prinsip ketelusan dan kebebasan media.

Marilah sama-sama melangkah ke hadapan bersama kami dengan berani.

Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini, kami tawarkan diskaun 20 peratus untuk pakej langganan tiga bulan, setahun dan tiga tahun. Kewartawanan yang baik adalah tunjang untuk masa depan negara.

Langganan anda akan membantu rakyat Malaysia menerima laporan dan pandangan demi kewartawanan yang berkhidmnat kepada rakyat. Ia juga dapat membantu kami meneruskan laman Bahasa malaysia dengan percuma. #KitaJagaKita.

Pelanggan akan menikmati faedah memberikan komen, berkongsi berita dengan rakan-rakan secara percuma, menerima surat berita percuma, laporan khas oleh Kini News Lab serta diskaun untuk kursus anjuran KiniAcademy dan penganjuran acara oleh KiniEvents.

Klik untuk melanggan Malaysiakini. Sertai kami, dan bersama kita ubah Malaysia ke arah lebih baik. Dan mungkin juga dunia.

Langgan Malaysiakini dengan diskaun 20% di sini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen