malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Agong dijangka umum PM baru selepas mesyuarat Raja-Raja Melayu
ADS

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan pelantikan perdana menteri baru selepas mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu, hari ini.

Pertemuan khas yang membabitkan sembilan sultan, termasuk Seri Paduka itu, akan bersidang pada jam 2.30 petang.

Ismail Sabri Yaakob dijangka menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, selepas dia melepaskan jawatannya itu pada Isnin lalu susulan mengakui bahawa dirinya telah kehilangan sokongan ahli parlimen.

Pengunduran diri Muhyiddin mengakhiri pemerintahan selama 17 bulan yang bermasalah, yang menyaksikan dia secara rutin diganggu dengan pertikaian antara sekutunya ketika negara sedang bergelut menangani peningkatan jangkitan Covid-19 dan ekonomi yang lemah.

Sekiranya menjadi kenyataan, pelantikan Ismail Sabri akan menyaksikan Umno kembali merampas jawatan perdana menteri setelah tiga tahun susulan tewasnya parti itu pada pilihan raya umum lalu kerana terpalit dengan tuduhan rasuah, yang kebanyakannya berkaitan dengan skandal berbilion-bilion ringgit dana negara 1MDB.

Yang di-Pertuan Agong ditugaskan untuk melantik perdana menteri baru dengan menentukan ahli parlimen yang berkemungkinan besar akan menikmati sokongan daripada majoriti wakil rakyat, setelah pilihan raya ditolak ketepi berikutan penularan wabak Covid-19.

Ismail Sabri, yang merupakan timbalan Muhyiddin dari parti lawan Umno, muncul sebagai calon paling popular setelah mendapat sokongan daripada parti-parti gabungan Muhyiddin.

Pemimpin berusia 61 tahun itu mendapat sokongan 114 daripada 220 ahli parlimen, kataAhli Parlimen Pontian Umno Ahmad Maslan kepada wartawan pada Khamis lalu. Dewan Rakyat mempunyai dua kerusi tambahan setelah dua ahli parlimen meninggal dunia dan pilihan raya kecil tidak dapat diadakan kerana wabak tersebut.

Muhyiddin, yang kini menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara, berkata sokongan gabunhannya kepada Ismail Sabri adalah bersyarat bagi memastikan anggota kabinet baru bebas daripada sebarang pertuduhan rasuah.

Beberapa anggota parlimen Umno didakwa melakukan rasuah setelah kekalahan pilihan raya 2018, termasuk presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak, yang menghadapi puluhan tuduhan yang berkaitan dengan 1MDB. Kedua-dua mereka menafikan melakukan sebarang kesalahan.

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen