malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Perjumpaan khas ketua-ketua parti PN hari ini
Diterbitkan:  Aug 11, 2021 4:38 PM
Dikemaskini: 10:18 AM
ADS

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) akan melangsungkan perjumpaan khas hari ini.

Agensi berita nasional berkata perjumpaan itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bernama melaporkan, kenderaan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan, Presiden MCA Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin memasuki Perdana Putra menjelang jam empat petang.

Ketika dihubungi Malaysiakini Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Tiong King Sing mengesahkan perjumpaan PN dengan sekutunya GPS.

Dia bagaimanapun berkata tidak tahu menahu berkaitan agendanya.

“Saya di Bintulu (Sarawak). Saya tidak dapat sertai mesyuarat itu kerana isu penerbangan.

“Timbalan saya Nelson Balang Rining akan hadir,” katanya.

Setakat ini, agenda perjumpaan itu masih belum jelas.

Bagaimanapun, ia dijangka mempunyai kaitan dengan sidang Dewan Rakyat bagi menguji sama ada Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti.

Sumber memberitahu Malaysiakini, Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya Muhyiddin mengadakan sidang Dewan Rakyat lebih awal daripada 6 September yang ditetapkan.

Ketika laporan ini ditulis, Pejabat Perdana Menteri (PMO) belum memberi respons kepada permintaan Malaysiakini untuk mengulas perkara itu.

Malaysiakini juga telah menghubungi pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin dan masih menunggu maklum balasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen