malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Warga emas alami kemurungan, positif Covid-19 ditemui mati
ADS

Polis semalam mengesahkan seorang lelaki yang mengalami kemurungan ditemui maut dipercayai kerana membunuh diri di Bekelam, Bachok, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata lelaki terbabit berusia 61 tahun dan selalu bercakap seorang diri serta pernah dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian namun disahkan tidak mempunyai sebarang penyakit.

Katanya polis menerima panggilan memaklumkan penemuan mayat lelaki terbabit dalam sebuah rumah yang masih dalam pembinaan kira-kira jam 1.20 pagi semalam.

Menurut Mohamad Ismail sebelum itu keluarga lelaki itu ada mencarinya sejak jam 12.40 pagi.

"Ujian saringan telah dijalankan ke atas lelaki tersebut dan mendapati dia mangsa positif Covid-19.

"Mayat lelaki itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat," katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Mohamad Ismail polis mengklafikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Sekiranya anda berasa tertekan, mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri atau mengenali seseorang yang sedemikian, anda boleh menghubungi pihak di bawah untuk mendapatkan khidmat bantuan dan sokongan:

  • Pusat Kaunseling Agape Malaysia di talian utama: 03-77855955 atau 7781 0800
  • The Befrienders di laman sesawang ini atau talian: 03-79568144 atau 03-79568145
  • Life Line Association Malaysia: 03-42657995

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen