malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ketua Pemuda PH dalam keadaan kritikal lepas dijangkiti Covid-19
Diterbitkan:  Jul 24, 2021 8:38 PM
Dikemaskini: 12:38 PM
ADS

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Shazni Munir Mohd Ithnin berada dalam keadaan kritikal setelah dijangkiti Covid-19 awal minggu ini.

Setiausaha Pemuda Amanah Asim Abdullah Ainullotfi dalam satu kenyataan mengatakan Shazni kini berada di Tahap 4, dalam keadaan lemah kerana radang paru-paru dan memerlukan sokongan oksigen.

Katanya, isteri dan anak Shazni, yang juga positif, kini dalam kuarantin di rumah sementara menunggu arahan lanjut dari pihak kesihatan.

"Kami meminta doa dan sokongan dari semua orang agar keadaannya cepat pulih.

"Pada masa sama, bagi meringankan bantuan keluarga beliau berhadapan dengan ujian ini, mana-mana sahabat yang ingin membantu boleh salurkan bantuan terus kepada isteri beliau," kata Asim di Facebook.

Shazni pada hari Isnin memaklumkan bahawa dia positif Covid-19 setelah mengadu demam dan sakit badan.

Lihat Komen