malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tangkapan di acara mak nyah: Mahkamah benarkan permohonan Siti Kasim
ADS

Peguam negara dan empat pihak lagi ditambah dalam saman peguam Siti Zabedah Kasim terhadap dakwaan tangkapan salah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam majlis tertutup mak nyah di ibu kota.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan Siti Kassim untuk memasukkan lima pihak itu dalam saman sivilnya, susulan tiada bantahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Selain peguam negara, yang tidak dinamakan, defendan lain yang dimasukkan adalah tiga timbalan pendakwa raya (DPP) dan seorang pegawai penyiasat (IO).

Sebelum ini, tuntutan itu hanya menamakan 19 defendan, iaitu Jawi, 15 anggota berkaitan Jawi, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp), menteri agama ketika itu Mujahid Yusof dan kerajaan.

Bercakap kepada Malaysiakini, peguam Siti, A Saha Deva mengesahkan hasil prosiding Mahkamah Tinggi semalam, mengenai permohonannya untuk meminda pernyataan tuntutan saman itu.

Pindaan itu bertujuan untuk memasukkan tuntutan pendakwaan berniat jahat serta keempat-empat defendan baru.

[Baca berita asal]

Lihat Komen