malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kes baru sekali lagi lebih 13,000
Diterbitkan:  Jul 22, 2021 5:49 PM
Dikemaskini: 10:39 AM
ADS

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Jumlah kes baru Covid-19 sekali lagi melepasi angka 13,000.

Sebanyak 13,034 kes dicatatkan hari ini, kurang 181 di belakang rekod tertinggi 13,215 kes pada 15 Julai.

Selangor dan Kuala Lumpur terus menjadi wilayah paling banyak kes.

Di Selangor, jumlah kes baru sebanyak 6,049 - kali pertama melepasi angka 6,000.

Kuala Lumpur mencatkan 1,611 - ketiga tertinggi di negeri itu.

Angka kes harian turut bertambah di Johor, Negeri Sembilan dan Kedah apabila melebihi 700 kes.

Pecahan mengikut kategori

  • Kategori 5 (kritikal, guna ventilator): 13 kes (0.1%)
  • Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 72 kes (0.5%)
  • Kategori 3 (radang paru-paru): 124 kes (1.0%)
  • Kategori 2 (gejala ringan): 5,646 kes (43.3%)
  • Kategori 1 (tiada gejala): 7,179 kes (66.1%)

Status terkini

Sembuh: 8,436 kes
Jumlah kes sembuh: 815,293

Kes baru positif: 13,034 (25 import)
Jumlah positif: 964,918

Kematian: 134
Jumlah kes kematian: 7,574

ICU: 938
Bantuan alat pernafasan: 459

Kes mengikut negeri

Selangor (6,049)
Kuala Lumpur (1,611)
Johor (791)
Negeri Sembilan (711)
Kedah (701)
Sarawak (644)
Sabah (497)
Terengganu (391)
Pulau Pinang (371)
Melaka (353)
Perak (284)
Pahang (261)
Kelantan (240)
Putrajaya (100)
Labuan (24)
Perlis (6)

Lihat Komen