malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘Mau autograf ke?’
Diterbitkan:  Jul 22, 2021 5:43 PM
Dikemaskini: 9:43 AM
ADS

J Syamalan memakai kemeja T bertulis “We don't care” (kami tidak kisah) ketika hadir ke kompleks mahkamah Kuala Lumpur.

Ketika ditemui media, bapa kepada tiga orang anak itu sempat berjenaka dengan wartawan.

“Mahu tandatangan saya?” katanya.

Melihat cuaca yang panas, dia menambah lagi:

“Minum banyak air. Cuaca panas,” katanya sambil menunjukkan botol air air di tangannya, lapor The Star.

Menjadi perhatian jurugambar, peniaga 33 tahun itu meminta perkara itu dihentikan.

“Cukuplah.

“Sakit mata saya.”

Syamalan hari ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengeluarkan perkataan kesat dan tidak memakai pelitup muka.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah kedai di Jalan Desa Bakti, Taman Desa di Kuala Lumpur, pukul 10.30 pagi, 18 Julai lalu.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan lelaki berkenaan memarahi dan memaki peniaga nasi lemak dan seorang pelanggan ketika ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Lihat Komen