BERITA

Covid-19: 'Atur strategi macam Tentera Soviet dalam Pertempuran Stalingrad'

16 Jul 2021, 7:09 am

Dikemaskini 8 hari lepas

A
+
A
-

Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan meminta Malaysia untuk mengambil hikmah daripada strategi Kesatuan Soviet mengalahkan tentera Kuasa Paksi dalam Pertempuran Stalingrad pada Perang Dunia Kedua.

Pertempuran itu salah satu peristiwa yang paling berdarah dalam Perang Dunia Kedua, dengan korban kematian 1.1 juta rakyat Soviet, dibandingkan dengan sekitar 800,000 kematian tentera Kuasa Paksi yang menyerang.

Pertempuran itu juga menyaksikan Soviet menyelamatkan bekalan makanan, bukannya rakyatnya sendiri.

"Ayuh kita atur strategi bersama kalahkan Covid-19 sepertimana “Stalin's Red Army” kalahkan “Hitler's Fourth and Sixth armies” dalam “the Battle of Stalingrad”.

"Lupakan perbezaan, kerah persamaan, bentuk kekuatan demi rakyat dan negara," katanya pada ciapan di Twitter malam tadi.

Untuk rekod, Pertempuran Stalingrad menandakan berakhirnya kemaraan tentera Hitler ke Eropah Timur dan Rusia, selain menjadi kekalahan besar pertama tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Dalam Pertempuran Stalingrad, Soviet telah mendapat tahu tentera Kuasa Paksi sedang mara ke arah mereka, yang memungkinkan mereka untuk menyelamatkan gandum, lembu, dan kereta api terlebih dahulu.

Namun, Stalin enggan memindahkan 400,000 orang awam Stalingrad. Hasilnya belaku kekurangan bekalan makanan di kota itu, bahkan sebelum pertempuran bermula.

Pertempuran yang kemudian berubah menjadi pengepungan itu berlangsung selama lima bulan, dengan pertempuran merosot menjadi pertempuran jarak dekat dari rumah ke rumah.

Pada akhir pertempuran, dianggarkan 40,000 orang awam telah mati.

Berbalik keadaan dalam negara, kes Covid-19 telah meningkat dalam tempoh dua minggu ini, dengan kes harian melebihi 10,000 kes untuk hari ketiga berturut-turut semalam.

Angka kematian pada masa ini berjumlah 6,613 dan kematian tiga angka dilaporkan setiap hari sejak kebelakangan ini.

Penutupan yang berpanjangan juga telah memberi kesan kepada ramai orang secara ekonomi, dengan banyak yang berjuang kerana kehilangan punca pendapatan.

Keadaan ini mencetuskan kempen yang didorong oleh masyarakat prihatin untuk saling tolong-menolong, seperti kempen kibaran bendera putih.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.