malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri kabinet, peguam negara hadir ke rumah Muhyiddin - Laporan
Diterbitkan:  Jul 8, 2021 3:40 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

Beberapa anggota jemaah menteri dan pegawai kanan kerajaan hadir ke kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pagi ini.

Menurut laporan portal berita, kenderaan yang dipercayai membawa menteri, Peguam Negara Idrus Harun dan pegawai kerajaan lain dilihat memasuki kawasan perumahan perdana menteri pada jam 9.40 pagi tadi.

"Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pemimpin mana yang hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin hari ini," kata The Malaysia Gazette pada laporan lintas langsungnya.

Dipercayai kehadiran menteri dan pegawai kerajaan di rumah Muhyiddin berkaitan dengan desakan Umno supaya ahli parlimen Pagoh mengundurkan diri daripada jawatan perdana menteri.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan keputusan parti itu menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin dengan segera, dengan alasan kerajaan gagal dalam tugasnya termasuk menangani wabak Covid-19.

Majlis Tertinggi Umno memutuskan Muhyiddin mesti memberi laluan kepada perdana menteri sementara, yang akan mefokuskan menangani wabak, sebelum diadakan pilihan raya umum untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

 

Lihat Komen