malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'jaan bertindak seperti warden penjara pada rakyat, kata Hannah
Diterbitkan:  Jun 13, 2021 2:53 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membidas lanjutan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) tanpa pengumuman bantuan kewangan secara menyeluruh.

Dalam satu kenyataan Hannah menyifatkan langkah itu sebagai tidak bertanggungjawab oleh pihak kerajaan.

"Kita hampir tidak dapat bertahan akibat total lockdown selama 2 minggu namun kerajaan mengumumkan lanjutan yang bertujuan untuk menurunkan kes positif Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan.

"Kita mahu kerajaan tidak bersikap seperti warden penjara, meletakkan rakyat dalam penjara di rumah mereka, menjatuhkan hukuman kepada mereka apabila kes Covid yang meningkat disumbang oleh ketidakcekapan kerajaan dan SOP yang mengelirukan, bercanggah dan tidak masuk akal," kata bekas timbalan menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, rakyat Malaysia berharap Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bantuan kewangan untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi masalah itu.

"Tetapi ini tidak berlaku. Berapa banyak kampit beras yang dapat kita terus berikan? Berapa banyak lagi bakul makanan untuk diedarkan dan berapa minggu lagi yang perlu kita lakukan?" soalnya.

Perniagaan kecil dalam bahaya besar

Hannah berkata lawatannya ke sebuah gerai buah-buahan baru-baru ini sangat menyedihkan.

"Beberapa hari yang lalu saya pergi ke sebuah pusat membeli-belah untuk beli makanan dan memasuki sebuah kedai buah untuk membeli anggur.

"Ini adalah kali pertama saya melihat buah dijual dengan harga yang sangat berpatutan kerana ia tidak lagi segar dan saya adalah satu-satunya orang di situ.

 "Saya memikirkan stok mereka, sewa mereka dan gaji pekerja. Kita tidak lagi bercakap mengenai keuntungan atau impak. Kita bercakap mengenai kelangsungan hidup," tambahnya.

Dia berkata kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak proaktif dan memilih untuk menggunakan sikap tunggu dan lihat.

"Kita sekarang bercakap tentang mencegah lebih banyak kehilangan pekerjaan dan perniagaan tidak tutup kedai. Potongan bantuan kerajaan hanya menyasarkan B40.

"Tidak ada apa-apa untuk PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang kebanyakannya adalah M40. Dan ketika M40 kelemasan, T20 juga tidak bernafas.

"PKS kini pada peringkat terakhir mereka untuk meminta pertolongan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen