malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
6,849 kes baru, lebih separuh di Lembah Klang
Diterbitkan:  Jun 11, 2021 2:39 PM
Dikemaskini: 1:05 PM
ADS

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,849 kes Covid-19 baru.

Kes aktif menurun bagi hari keempat berturut-turut tetapi jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) mencatat rekod baru.

Pada bulan Jun sahaja, Kementerian Kesihatan telah melaporkan bahawa 972 orang mati akibat langsung dari Covid-19.

Ini bermakna 3.7 kematian setiap jam, iaitu tujuh kali lebih tinggi daripada jumlah orang yang mati akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2020 di Malaysia.

Kes aktif: 78,864
Pesakit di ICU: 912
Memerlukan bantuan pernafasan: 458

Selama 24 jam sehingga tengah hari tadi, 99,974 individu diuji.

Sebanyak 6.85 peratus didapati positif.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar kerajaan menyasarkan kadar positif kurang dari lima peratus, dengan melakukan lebih banyak ujian.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 2,558 (211,403)
  • WPKL - 884 (66,195)
  • Sabah - 309 (65,330)
  • Johor - 426 (63,772)
  • Sarawak - 699 (54,330)
  • N Sembilan - 685 (32,833)
  • P Pinang - 205 (31,656)
  • Kelantan - 248 (31,537)
  • Perak - 161 (23,307)
  • Kedah - 161 (21,399)
  • Melaka - 170 (14,527)
  • Pahang - 89 (11,415)
  • Terengganu - 66 (10,439)
  • WP Labuan - 176 (5,634)
  • WP Putrajaya - 10 (2,086)
  • Perlis - 2 (548)

Kuala Lumpur (884) mencatatkan jumlah tertinggi hari ini.

Separuh kes baru dilaporkan di Lembah Klang (3.452).

Sehingga semalam, angka R-naught.(0.91) masih cenderung menurun sejak 29 Mei. Nilai R-nuaght di bawah 1.00 baik kerana ia menunjukkan penyebaran Covid-19 semakin perlahan.

Di peringkat negeri/wilayah, satu-satunya wilayah di mana R-naught lebih daripada 1.00 adalah Sabah, Melaka, Kuala Lumpur, Labuan dan Negeri Sembilan.

Kematian

Sebanyak 84 kematian lagi dilaporkan hari ini. Angka kematian Covid-19 setakat ini berjumlah 3,768.

Jun 2021 mencatatkan kematian tertinggi akibat Covid-19 setakat ini. Hanya dalam 11 hari pada bulan Jun, terdapat 2.5 kali lebih banyak kematian Covid-19 berbanding April.

Selangor (19) melaporkan jumlah kematian tertinggi diikuti oleh Sarawak (12), Negeri Sembilan (9), Labuan (8), Johor (7), Kuala Lumpur (7), Sabah (6), Pahang (6), Terengganu (3), Melaka (2), Kedah (1), Kelantan (1), Pulau Pinang (1), Perlis (1) dan Perak (1).

Terdapat 16 kes yang dinyatakan mati ketika tiba di hospital. Terdapat empat korban di bawah usia 40 tahun.

Kluster

Kementerian Kesihatan kini memantau 755 kluster Covid-19 yang aktif. Tepat sebulan yang lalu, 448 kluster sedang dipantau.

Sebanyak 16 kluster baru diklasifikasikan hari ini, di mana 12 kluster dikesan di tempat kerja.

Berikut merupakan kluster baru yang sedang dipantau:

Industri Persiaran Raja Lumu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Klang
Jumlah yang dijangkiti: 95 daripada 197 disaring

Industri Jalan Bunga Cempaka Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Selangor dan Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 71 daripada 261 disaring

Industri Sungai Putus
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Klang
Jumlah yang dijangkiti: 52 daripada 261 disaring

Industri Puchong Lima
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 44 daripada 68 disaring

Industri Jalan Batu Arang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak dan Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 34 daripada 46 disaring

Bukit Bakri
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Muar
Jumlah yang dijangkiti: 25 daripada 38 disaring

Jalan Tanjung A Tiga
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 119 disaring

Jalan Renchong
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Muar
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 22 disaring

Laman Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 34 disaring

Sungai Kakus
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sarawak
Daerah: Tatau
Jumlah yang dijangkiti: 51 daripada 117 disaring

Pekan Tatau Baru
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sarawak
Daerah: Tatau
Jumlah yang dijangkiti: 27 daripada 742 disaring

Semanok
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sarawak
Daerah: Tatau
Jumlah yang dijangkiti: 7 daripada 196 disaring

Kopi Blues
Kategori: Komuniti
Negeri: Sabah
Daerah: Tawau
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 20 disaring

Penchala
Kategori: Komuniti
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Kepong
Jumlah yang dijangkiti: 105 daripada 521 disaring

Cabang Empat Chetok
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Mas
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 27 disaring

Jalan Permatang Lapan
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 57 disaring


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen