malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kit Siang: Bolehkah rakyat marah jika polis bertindak bodoh?
Diterbitkan:  May 24, 2021 1:15 PM
Dikemaskini: 5:44 AM
ADS

Pihak polis perlu belajar daripada perdana menteri untuk tidak bertindak dengan terlalu keras ketika menangani Covid-19, kata veteran berpengaruh DAP Lim Kit Siang.

Katanya, Muhyiddin Yassin malah bersedia berdepan kritikan seperti dipanggil “bodoh” kerana meminta rakyat mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi membendung wabak itu.

“Muhyiddin mengatakan semalam dalam siaran khas wawancara beliau malam semalam yang rakyat boleh marah ‘perdana menteri bodoh’ dalam mengendalikan wabak Covid-19, bahawa beliau tidak kisah mengenai perkara ini.

“Namun, bolehkan rakyat marah kepada ‘kebodohan’ pihak polis apabila mereka bertindak secara ‘bodoh’?” kata anggota parlimen Iskandar Puteri.

Lim mengulas siasatan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook kerana sindirannya bahawa Nilai 3 berada di Negeri Selangor.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (menimbulkan kegentaran awam) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (salah guna rangkaian perkhidmatan).

Isu itu timbul selepas selebriti Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail tidak didakwa meskipun dikatakan melanggar SOP dengan merentas negeri ke kedai karpet di Nilai 3, di Negeri Sembilan.

Pasangan itu hanya didakwa tidak mendaftar kemasukan mereka di premis dan tidak memakai pelitup muka.

Neelofa dan suami 

Dalam kenyataan hari ini, Lim mempersoalkan sama ada polis tidak mempunyai perkara yang lebih serius untuk dilakukan, seperti menyiasat punca kematian A Ganapathy dan S Sivabalan dalam tahanan pihak berkuasa.

Lim juga membangkitkan adakah ketenteraman dan keselamatan dalam negara sebegitu rapuh sehinggakan “jenaka tidak berbahaya” seperti “ Nilai 3 di Selangor” dapat menggugatnya?

Katanya, ketua polis negara yang baru Acryl Sani Abdullah Sani perlu memberikan mesej jelas kepada pasukannnya untuk belajar daripada perdana menteri dan menumpukan perhatian kepada jenayah dan pelanggaran undang-undang, bukannya bersikap keras tanpa mengira tempat.