malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PAS S'gor dakwa Twitter Roslan SMS digodam - suka ciapan porno
Diterbitkan:  May 15, 2021 12:05 PM
Dikemaskini: 12:56 PM

PAS Selangor berkata akaun Twitter Setiausahanya Roslan Shahir Mohd Shahir, yang lebih dikenali sebagai Roslan SMS, telah digodam.

Ini selepas akaun Twitternya didapati telah menyukai banyak ciapan pornografi.

Berdasarkan sebuah video yang menyusuri akaun Twitter Roslan, akaun tersebut menyukai ciapan pornografi sejak sekurang-kurangnya pada 2019.

Bagaimanapun, beberapa kandungan yang disukai oleh akaun itu telah disiarkan sejak 2017.

Pada satu kenyataan hari ini, PAS Selangor berkata penggodaman itu serangan peribadi terhadap setiausaha mereka.

"PAS Selangor kesal dengan tindakan-tindakan pemain politik dengan menggunakan serangan peribadi yang mengaibkan bukan hanya pada individu yang menjadi sasaran serangan akan tetapi memalukan pada generasi masyarakat.

"Terkini apabila Tuan Haji Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir selaku Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor yang akaun Twitter peribadi beliau di“hack” melayari laman prono yang menunjukkan rakaman video lucah.

"Tindakan sebegini memalukan dan perlu ditolak agar budaya fitnah jahat untuk mengaibkan peribadi seseorang itu tidak berlaku pada masa akan datang," tegas Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS negeri.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lihat Komen