malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Gempa bumi lemah landa Kundasang, Sabah
Diterbitkan:  May 14, 2021 8:16 AM
Dikemaskini: 12:16 AM
ADS

Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Kundasang, Ranau pada 8.42 malam semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan malam tadi memaklumkan gempa itu berlaku 13 kilometer di barat pekan Ranau.

Menurut kenyataan tersebut, gempa yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer itu mungkin menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan kawasan lain dalam daerah Ranau.

Pada bulan lepas, Ranau dilanda tiga gempa bumi lemah iaitu pada 18 April lepas bermagnitud 2.8 diikuti keesokan harinya yang bermagnitud 2.7 dan pada 23 April (bermagnitud 2.5).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecemasan berkaitan kejadian itu.

- Bernama

Lihat Komen