malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
2,500 kes baru, 18 kematian
Diterbitkan:  May 3, 2021 5:12 PM
Dikemaskini: May 4, 2021 12:00 AM
ADS

Sebanyak 2,500 jangkitan baru Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif jangkitan dalam negara kini sebanyak 417,512 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu,  katanya, 18 lagi kematian direkod, menjadikan jumlah korban keseluruhan 1,551 orang.

Seramai 352 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 186 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dr noor Hisham berkata Selangor terus mencatat kes harian tertinggi, dengan 637 kes diikuti Kelantan (401), Sarawak (356) dan Johor (205). 

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 637 (135,486)
  • Sabah - 57 (58,372)
  • Johor - 205 (46,105)
  • WP KL - 200 (44,369)
  • Sarawak - 356 (32,047)
  • Pulau Pinang - 194 (20,278)
  • Negeri Sembilan - 97 (19,009)
  • Kelantan - 401 (15,075)
  • Perak - 59 (14,949)
  • Kedah - 103 (10,239)
  • Melaka - 95 (7,584)
  • Pahang - 55 (5,325)
  • Terengganu - 38 (4,457)
  • WP Labuan - 0 (2,463)
  • WP Putrajaya - 3 (1,386)
  • Perlis - 0 (368)

Menurut Dr Noor Hisham, sembilan kluster baru dikenal pasti hari ini melibatkan masing-masing tiga kluster komuniti dan tempat kerja, serta dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) serta satu kluster pusat tahanan.

Kluster komuniti berkenaan, jelasnya ialah Kluster Lorong Galing, Pahang; Kluster Jalan Dahlia Lima, Melaka dan Kluster Bunga Raya di Kedah, manakala kluster tempat kerja iaitu Kluster Industri Mahkota 2, Selangor; Kluster Jalan Jati Industri, Johor dan Kluster Tok Has, Terengganu.

Selain itu, kluster pendidikan lain, kata Noor Hisham melibatkan Kluster Jalan Bandar, Johor, manakala kluster institusi pendidikan KPM ialah Kluster Indera Mahkota Dua di Pahang. Kluster pusat tahanan ialah Kluster Jalan Meru Utama di Perak.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen