malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ariffin Zakaria akan dilantik pengerusi PNB ganti Zeti: Laporan
Diterbitkan:  Apr 29, 2021 10:54 AM
Dikemaskini: 2:58 AM
ADS

Bekas ketua hakim negara, Ariffin Zakaria dijadual akan dilantik sebagai pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baru, menurut satu laporan.

The Edge yang memetik sumber, melaporkan Ariffin akan menggantikan pengerusi PNB, Zeti Akhtar Aziz.

Zeti akan meninggalkan PNB setelah menamatkan tempoh selama tiga tahun di syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia itu.

Ariffin merupakan ketua hakim negara dari tahun 2011 hingga 2017.

Minggu lalu dia diumumkan dilantik sebagai pengerusi Majlis Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi tempoh dua tahun.

Ariffin juga mengetuai jawatankuasa khas bebas darurat yang menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pengisytiharan darurat.

Selain itu bekas hakim itu juga merupakan pengerusi firma pembinaan dan infrastruktur, Vertice Bhd.

Lihat Komen