malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sekolah di kawasan PKP Kelantan ditutup 5 hari
ADS

Semua sekolah membabitkan tujuh daerah di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kelantan ditutup bermula hari ini sehingga Khamis.

Perkara itu disahkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, ketika dihubungi Malaysiakini, malam tadi.

"Ya," katanya ringkas ketika ditanya berhubung maklumat yang tular berhubung perkara itu.

Bagaimanapun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media secara rasmi.

Terdahulu tersebar di media sosial mengenai penutupan sekolah-sekolah di kawasan yang terlibat PKP di negeri itu kecuali di daerah Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai.

Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ibu bapa dan murid mengenai kesahihan perkara itu.

Maklumat itu pada awalnya disebarkan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tanah Merah, Nik Muhamad Nik Lib, dalam satu hantaran di Facebooknya dan kemudiannya ditularkan pengguna-pengguna media sosial lain.

Menurutnya perkara itu dimaklumkan pengarah JPN pada jam 11 malam tadi dan antara lain memaklumkan penutupan sekolah bermula hari ini (18 April) sehingga 22 April.

Difahamkan keputusan penutupan sekolah itu dibuat susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri itu termasuk membabitkan penularan di sekolah.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen