malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Penyelaras PN lapor polis terhadap Malaysiakini
ADS

Pegawai penyelaras Perikatan Nasional (PN) parlimen Batu S Gobikrishnan membuat laporan polis terhadap Malaysiakini, mendakwa portal berita ini sengaja membuat berita palsu terhadap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dr Edmund Santhara Kumar.

Ini selepas berlaku kesilapan versi awal sebuah laporan semalam yang menyatakan seorang ahli politik akan dilantik sebagai timbalan menteri Wilayah Persekutuan.

Laporan itu sebenarnya merujuk kepada seorang timbalan menteri persekutuan.

"Berita liar serta fitnah ini telah menimbulkan kegemparan awam. Berita ini juga mencemarkan nama baik Istana Negara.

"Maka, saya meminta pihak polis mengambil tindakan segera terhadap Malaysiakini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis Daerah Sentul, petang tadi.

Dia turut membuat laporan polis terhadap editor eksekutif Malaysiakini RK Anand.

Malaysiakini bagaimanapun memperbetulkan laporan itu dan membuat nota editor menyatakan kekesalan atas kesilapan tersebut.

Lihat Komen