malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
2,551 kes baru, Sarawak hampiri 1,000 kes
Diterbitkan:  Apr 16, 2021 4:29 PM
Dikemaskini: 10:17 AM
ADS

Kes baharu Covid-19 negara kian meningkat apabila 2,551 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, berbanding 2,148 kes semalam.

Menurut Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baru dengan 960 kes.

Jumlah kes mengikut negeri:

Sarawak (960)
Selangor (590)
Kuala Lumpur (245)
Kelantan (164)
Sabah (143)
Johor (121)
Pulau Pinang (91)
Negeri Sembilan (53)
Perak (49)
Pahang (47)
Kedah (35)
Melaka (28)
Terengganu (16)
Putrajaya (6)
Perlis (2)
Labuan (1)

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata 1,524 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat wabak itu 350,563, manakala dua lagi kematian dicatatkan melibatkan warga tempatan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini pada angka 18,600 manakala 227 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 91 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dia berkata tujuh kluster baru dikenal pasti melibatkan tiga kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan serta masing masing satu kluster komuniti dan kluster pendidikan iaitu Kluster Jepak di Sarawak serta Sri Layang di Pahang.

Kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan Sultan Iskandar di Sarawak; Jalan Balakong (Selangor); Jalan Kia Peng (Kuala Lumpur); manakala kluster pusat tahanan pula dinamakan DTI Sandakan di Sabah serta Lenggeng (Negeri Sembilan).

Lihat Komen