malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Baru: Kawal kemasukan individu dari Long Bawan, Kalimantan
Diterbitkan:  Apr 16, 2021 12:11 PM
Dikemaskini: 4:14 AM
ADS

Adun Ba'Kelalan, Baru Bian meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kemasukan individu yang tidak terkawal dari Long Bawan, di Kalimantan Utara, Indonesia ke Malaysia.

Menurut Baru, mereka memasuki Malaysia melalui Puneng Kelalan, sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 100km dari Lawas, Sarawak.

Baru berkata dia dimaklumkan oleh penduduk tempatan baru-baru ini mengenai peningkatan jumlah kemasukan berkenaan, berikutan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia mengenai pembekalan barangan.

"Walaupun kita tidak ada masalah untuk membantu jiran kita di masa-masa sukar ini, nampaknya orang lain yang tak bertanggungjawab mengambil peluang dari kerjasama antara kerajaan pusat dan Indonesia untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya diberitahu bahawa ada tiga majlis setakat ini yang diatur secara rasmi melalui kementerian yang berkenaan," kata bekas menteri kerja raya dari PKR itu.

Untuk rekod, hanya tiga pusat pemeriksaan imigresen di sepanjang sempadan sejauh 1.181km antara Malaysia dan Indonesia, namun terdapat banyak pintu masuk dan keluar tidak rasmi termasuk di Ba'Kelalan-Long Bawan.

Baru berkata, dia diberitahu bahawa terdapat sehingga 40 kenderaan jenis Hilux memasuki Malaysia melalui Puneng Kelalan dengan membawa barang-barang untuk diambil oleh rakan mereka yang merupakan warga Indonesia.

Namun, Ahli Parlimen Selangau itu mendakwa individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan situasi tersebut bagi memudahkan mereka memasuki Sarawak, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan Covid-19, walaupun sempadan ditutup.

Lihat Komen