malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Setiausaha agung Star angkat sumpah jadi timbalan menteri pelancongan esok
Diterbitkan:  Apr 15, 2021 6:57 PM
Dikemaskini: 2:45 PM
ADS

NOTA EDITOR: Terdapat kesilapan dalam versi awal laporan ini yang menyebut "timbalan menteri Wilayah Persekutuan". Kesilapan ini dikesali. 


Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan, esok.

"Saya bersyukur atas pelantikan ini, tapi semestinya ada banyak kerja yang perlu dilakukan," katanya seperti dipetik TheVibes.com

Malaysiakini difahamkan, upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada jam 10.30 pagi esok di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jawatan itu kosong selepas penyandangnya Jeffrey Kitingan meletak jawatan pada September tahun lalu.

Peletakan jawatan berkenaan dibuat selepas presiden Star itu dilantik menjadi timbalan ketua menteri Sabah.

Kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika terdiri daripada 32 menteri dan 38 timbalan menteri dan menjadi yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen